Wajibnya belajar Ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasawuf
Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh fahaman bahawa Tasawwuf adalah untuk orang2 tertentu. Ada juga yang mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan. Berbagai pendapat ini dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama2 Mu'tabar. 1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan sifat2 mazmumah serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan sifat2 Mahmudah sebagaimana yang dihuraikan di dalam Tasawwuf adalah berdasarkan banyak bukti2 didalam Al_Qur'an dan Hadis Nabi. Diantaranya : Firman Allah : يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ "Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);" (Ash-Shuara 26; 89 ) Dan Sabda Nabi صلى الل...